Tungku Beach Resort

WELCOME TO TUNGKU BEACH RESORT (TBR)

Tungku Beach Resort terletak di kawasan tepi pantai dengan. Kedudukannya terletak di tepi Sungai Kuala Dengan dan berhadapan dengan lautan terbuka iaitu Laut Sulawesi, Daerah Kecil Tungku, Lahad Datu. Keunikan kawasan ini ialah ianya terletak tidak jauh dari balai polis tungku (< 1 KM) dan hospital (< 2 KM). Malahan ianya juga berdekatan dengan kedai runcit dan gerai makan (jarak perjalanan 5 – 10 minit sahaja). Kemudahan asas seperti bekalan elektrik (kadang kala “black out’), air (saluran paip dah ada tapi air tak seberapa, kebanyakan pakai air perigi) dan jalan raya (yang ini amat memuaskan sebab hampir berturap sampai ke tempat saya 🙂 ) sudah sedia ada. – Kesemua ini yang setakat ini saya nampak dan terasa sudah.

Buat masa ini, Tungku Beach Resort baru saja dibangunkan, setakat satu unit rumah 17′ x 19′ dan 3 unit pondok bertap nipah saja yang ada. Tu pun masih dalam pembinaan. Pada masa depan akan didirikan lebih banyak kemudahan dan bangunan seperti tandas awam, surau kecil, rumah atas pokok, laluan pejalan kaki dan sebagainya. Kemudahan-kemudahan asas seperti air, elektrik blum ada lagi. Tapi perjuangan pembangunan tetap diteruskan agar Tungku akan menjadi satu kawasan pelancongan berasaskan persisiran pantai pada masa akan datang. ~Amin~. 

 

Responses

  1. haluu…mcm best saja ko punya resort tue geng, bah buli masuk ka nie for free package?…hehehe…sedap nie kalo buat BBQ tepi pantai geng…..harap dpt pegi aramaitiii satu hari nanti ya..okies…

    • best tu tak lah best sangat.. ok ok ja tu… dalam pembangunan.. nanti ada masa boleh lah datang.. package masih free lagi.. boleh buat trip ka apa ka.. BBQ tepi pantai tu memang harus sudah la.. tak kan main tapau dari rumah saja.. apa class kan… atamaitiiii.. sampai awal pagi pun tak da masalah… tapi pastikan jangan terlalu tinggi vacalnya.. nanti haluan ikan paus berubah…… kakakakaka Jangan tak caya.. memang ada ikan paus lalu kat kawasan tu…

  2. looks kewl~! wud luv to try to come over n stay at da place!;)

    • jangan tak try… mesti try… bawa kemah masing2 tidur di pantai.. baru ada suasana romantic sambil tengok bulan dan matahari timbul. Setakat ni saya cuma pernah tengok bulan timbul ja… Matahari timbul tak lagi… time matahari timbul tu saya tengah kerja.. buat “taik mata” kakakaka

  3. Gud blog u hv here tuan..All updated wth lotsa info’s n pics. Lurv to come n lepak ur place one day to exprerience d true ‘kg lifestyle’…Teringin nak duk kat tree house tu.*childhood dream. hahaha…

    • oh boleh bah.. ni kampung lifestyle tepi pantai lah.. untuk kenangan silam ka, tenang pikiran ka, apa ka.. yang penting relaxs la.

  4. geng ada kemajuan skit ko punya resort nie…bagus laa, kalo sy pegi sana make sure 100% support dari ko..hahaha…lagi meletupppp…

    • Kemajuan tetap ada la.. tapi tak maju sangatlah… tak da masalah ma saya support.. cuma tambang kereta tanggung sendiri lah.. kalau makan tak dah hal punya.. banyak angin sana.. buka mulut ja telan seberapa banyak yang mau.. free punya.. minum pun ada banyak.. sanggup ka tidak saja la. kakakaka

  5. Wow, so Nice ur new pic upload (*sunset view) & the new theme oso.. 😉

    • thankQ2. ok2 ja tu… theme bukan kamu yang bagi kah? kakaka very tQ 4 the theme.. i also like it.

  6. ola…mean in france (Apa Khabar)

    Thanks dan Terima Kasih,terutama kepada Madam HJ.Mok sekeluarga sebab layanan yang diberikan.

    Tungku Beach Resort, merupakan satu-satunya pantai yang tercantik dan masih tidak terjejas yang terletak di dareah Lahad Datu. Untuk sampai atau ingin berkunjung ke Resort ini. Megambil masa satu jam dari daerah LDU.

    Kehadiran Rombongan Kami di sambut dengan GOOD HOSPITALITY. 🙂

    4 July 2010: 11am
    We reach the place and me personally really amazed with the beauty. Kampung style Resort are just perfect for me, this is what we call eco tourism. preserved the beauty and the culture.

    And i hope the place stay clean and not been effect by any pollution cost by oil palm or new project near by.

    What i mean : the water safe and clean to swim and lots of coral and fish which can be one of the advantage for local & foreigner tourist attraction.

    Tempat ini tak sama dengan Sahabat 16, dari perhatian, kajian dan pendapat saya Sahabat 16 tempat yang menarik tetapi air pantai, tak bersih maksud saya ada sesetengah yang pernah mandi-manda akan mengaduh badan gatal2 dan terdapat perairan yang tercemar terus ke laut.

    Dengan ini kebersihan dan megekalkan Alam sekitar boleh membantu dalam menarik lebih ramai pelancong dan juga warga tempatan.Sama-samalah menjaga kebersihan, memupuk minda kita dan anak-anak dari kecil akan pentingnya menjaga kebersihan di rumah dan di tempat awam.

    Semoga Berjaya sampai kita berjumpa lagi,

    Salam dan Terima Kasih;

    Daria

    • Thanks a lot Daria, hope u enjoy there. Pihak kami akan mengadakan program pemuliharaan alam dengan menanam pokok bakau sepanjang persisiran sungai dengan. So kalau berminat dak join boleh contact melalui email tungkubeachresort@gmail.com untuk maklumat lanjut.

      Anyway thanks for your visit and hope see u again there.. Mana tau ada apa2 program nak dijalankan di sana bolehlah plan nanti.

      regards.

      • boleh tanya,apa contact no yang boleh dihubungi sekiranya kami ingin menempah bilik di resort

  7. boleh jelaskan pakej2 yg TBR tawarkan? -from Fajar Centre-

    • Hello Fauzi, setakat ni ada vollyball pantai dan main air ja lah di laut.. memancing pun ada…

      • mcm mana plak dgn room rates di TBR tu?

  8. blh jelaskan tentang room rates di sana?

    • Sorry kerana lewat reply.. Room rate ada dua jenis.. jenis semiD style RM100. dalam ada satu katil besar dan satu katil kecil dan tandas…. untuk family kecil memang sesuai…

      Jenis family house.. dalam ada dua bilik dan satu ruang tamu kecil berserta tandas.. harga RM200 semalam…..

  9. hai…kat TBR 2 ada tmpat hiburan lain ke?cntoh’y tmpat karaoke@lain2

    • Buat masa ini blum ada lagi.. masi dalam pembangunan. setakat sport pantai ada lah.. ndak pun boleh cuba mencari kapah di pantai.. pengalaman yang tidak diduga..
      Tapi masa akan datang ada sudah.. tenang dan sabar2 dulu ya.

  10. saya cadang mau adakan perkhemahan ub sekolah pada bulan 9 nie.. leh jelaskan ttn pakejnya admin.

    • Boleh. Sebelum tu mau dapatkan info brapa ramai orang yang join, brapa hari program tersebut, ada sewa bilik ka tak dan sebagainya la. Tq

      • Cdgn pljr 50 org n blik 2.. 3h2m.. Brp angrn kos ya?

  11. hi,
    in a few days we will arrive in lahad datu and thinking about to stay some days in tunkgu beach resort. how much is the actual room rate, bungalow rate (breakfast included?).
    thank you
    herbert

  12. Contact me now pse. Need to have few rooms to accommodate my staffs

    • Yes Mr. Zaidi, can I know the date?

      • nk tnya rate bilik d sna bang..

      • bergantung kepada bilik.
        bilik dengan kipas RM100 (Katil Queen + Single)
        Bilik dengan kipas + Akon RM120 (Katil Queen + Single)
        Bilik Family 2 bilik RM200

  13. Hai Tuan, sabtu Ni 29/4 Ada Kosong ka yg family room yg Ada 2bilik n toilet d dlm Tu? Apa no wasap Tuan utk Sy hubungi? Mau booking semalam shj, sabtu Akan datang ini..tqvm

    • Hello Tuan, tuan boleh call ini no. untuk pertanyaan lebih lanjut.
      0138610088 Tungku Beach Resort – Indai / Dodok

      Terima Kasih atas sokongan tuan.

      • Ok tqvm Tuan, insyallah NT Sy contact..bilik Tu aircond ka? Boleh masak2 ka dlm family house Tu?Dr ld Taman aman, brp jam boleh sampai?

      • Tuan, klu kami mo booking 2 malam..checkin sabtu, check out isnin (29 april-1 may) boleh dpt less ka tuan? Td sda kol dodok, tp d pass pla sma yg perempuan.. Jd istri sy la yg bckp sama pn indai ka tu, 😊

  14. Salam , saya pelajar tingkatan 6 smk agaseh , saya ingin membuat kajian tentang tungku beach resort ni untuk assignment kerja kursus p2 ni .. Bole sya tau tntang aktviti rekreasi yng Bole dilakukan oleh pelancong yang datang ke tmpat ini ? Kerjasama tuan/puan amat saya harapkan .. ☺

    • Hello Shafika,
      Assignment kerja krusus berkaitan dengan tajuk apa?


Leave a reply to Alfred Cancel reply