Posted by: Alfred | January 28, 2012

TBR New Logo

Salam kepada semua,

Lama tak update blog dah. Buat masa ini segala pembangunan di TBR dihentikan seketika bagi laluan kepada musim hujan yang tidak menentu di Tungku. Mau katakan musim ndak juga, tapi itulah, susah mau buat kerja.. Dalam rancangan bulan ini atau bulan depan akan bermula projek mendirikan surau bersaiz 14′ x 16′ luas. Harap2 bulan depan boleh start kerja lapangan.

Walau macam mana pun, kerja tetap dibuat.. LOGO TBR yang selama ini belum ditentukan. Banyak elemen yang hendak dimasukan tapi untuk memilih yang terbaik, unik dan special ni agak susah. Mengambil masa yang lama..  Cam “Unduk ngatau” lah kiranya. Mau yang cun dan terbaik. Antara calon-calon yang tersenarai termasuk burung Raja Udang, Kapah, Siput dan banyak lagi. Tapi kesemua ini lebih kurang sama aja dengan logo resort lain yang ada di laman web. Kalau pakai terus dikata cetak rompak pula… mau tidak mau terpaksa ambil yang ada di pantai TBR dan yang unik.. Akhirnya BELANGKAS menjadi pilihan untuk logo TBR. Belangkas ni kira banyak jugalah di pantai Tungku. Merupakan benda yang paling-paling kuna, dianggap sebagai fosil yang hidup hingga hari ni (salah satu lah). Bagi saya paling unik lah sebab belum ada yang pakai benda ini buat logo.. (rasa-rasanya saya saja yang pakai)….

Memandangkan ianya special dan unik, jadi teringin pula saya nak buat farming belangkas kat Tungku satu hari nanti. Biasalah, mau katanya semua orang tau tidak juga, sebab benda pelik dan jarang ada. Lagi pun bukan semua tempat yang ada benda ni…. Antara sebab saya mau buat farming ni:-

1. Belangkas ni unik dan jarang dijumpa.

2. Ramai lagi tidak mengenali BELANGKAS, mengikut statistic survey saya lah, ramai yang tidak pernah dengar nama BELANGKAS dan Langsung tidak tau benda ini wujud.  Bagi anda yang pernah dengar nama BELANGKAS belum tentu lagi anda pernah jumpa yang hidup punya, paling-paling pun pernah nampak gambar aja, yang real punya belum lagi. Bagi yang pernah nampak yang real punya belum tentu lagi BELANGKAS ini masih hidup, kebanyakan hanya pernah lihat dan sentuh yang dah “kiok” (mati) punya dan dijadikan perhiasan. Kalau tu banyak disimpan di TBR, kalau mau lihat boleh datang. Bagi pernah lihat dan sentuh BELANGKAS belum tentu lagi tau kitar hidur beliau yang mencabar ini…. Yang part ini baru saya tau..

3. Dengar-dengar darah BELANGKAS ini mahal, 1 liter darah boleh sampai USD5000 – 6000. kalau tukar ke RM mungkung sekitar RM15,000 ~ 17,000 la. Tu yang saya terbaca di News. Darahnya boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti kanser (kalau tak silap lah). Malahan dengan kulit-kulitnya boleh dibuat ubat bagi membuangkan toksid dalam badan. (Maklumat lanjut cari di Internet la).

4. Kiranya Ternak BELANGKAS ini bagi menyelamatkan beliau dan keturunan beliau lah yang kian lama pupus dimakan. Sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat bersemuka dengan beliau yang unik ini. (Kiranya saya ini pencinta alam Muahkakakaka).

5. Faktor ini paling penting. Sebagai daya tarikan orang luar ke TBR. Pelawat bertambah, tiket masuk bertambah, keuntungan bertambah, mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kampung, sosial ekonomi tempatan naik lah.

Ni dia latar belakang pasal Belangkas yang dipilih untuk logo saya. Apa-apa coment dan cadangan untuk logo ini dialu-alukan. Sekian.

Tungku Beach Resort LOGO

Tungku Beach Resort LOGO


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: