Posted by: Alfred | January 26, 2010

24hb January 2010 Perkembangan TBR

Lama sudah ndak update blog saya..

Hari ni luangkan masa sikit cerita perkembangan TBR yang sudah masuk setahun lebih dalam proses pembangunan. Sampai hari ni pun dalam pembangunan. Almaklumlah peruntukan kurang dan terhad. Segala berjalan dengan perlahan tapi lancar.

Untuk tahun 2010 ini, projek pertama saya ialah sebuah chalet baru dua pintu, sudah 80% siap dan kini tinggal mengecat dan sedikit deco dengan kayu bakau.. selepas tu akan dibuat tandas awam 4 pintu.. dicadang dihias juga dengan pokok bakau menujukan keunikan.. tu cadangan la.. jadi ka tak kemudian cerita.  Dalam tahun ini mau siapkan sepenuhnya resort ini kemudian akan bermulanya satu lagi resort atas laut untuk kaki-kaki pancing… memancing sambil terapung di atas laut yang luas sambil BBQ.. Sound ok kan????

Tapi setakat ini ramai juga kaki pancing datang memancing di muar sungai jugalah kalau time air pasang… ikan apa??? Biasalah setakat ni ikan kerapu, merah, otek dan lain2 lah.. saiz pun bukan kecil juga tu…

Tidak ketinggalan minggu lepas ada beli ikan yu untuk dibakar… RM5 seekor.. huinah geng.. memang sedap yu dibakar.. jangan buang kulitnya.. biar sampai hangus.. tapi isi tetap meletup.. kalau dah biasa dengan ikan pari jap ibu jari.. yu bakar 2 ibu jari… cuba dan try la kalau berani…

OK, mari kita tengok gambar-gambar yang baru diambil untuk minggu lepas… wohhohoho..


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: