Posted by: Alfred | July 7, 2009

4th July 2009 – GIS team

Hello again, ya bagi anda yang setia menanti berita terkini TBR setiap hujung minggu. 4hb ni ada rombongan dari department saya berpicnic dan bermalam di pantai. Lepas office hours pada hari  sabtu jam 12.30pm staffs saya sudah bersiap sediakan diri apa2 yang patut untuk bermalam di pantai.  Kasian budak2 tu.. sarapan dan makan tengah hari pun sanggup ditinggalkan dan terus bertolak dari ladang beluran menuju ke Tungku. Masa perjalanan kira2 2 jam. (Tu dari office sampai ke Bandar Lahad Datu), pastu sejam lagi dari Bandar Lahad Datu ke TBR… sampai ja di pantai dah dekat jam 5.20pm dah.. muka seorang2 tu dah ketara tahap kebuluran.. tanpa buang masa terus menuju ke meja makan cari apa2 yang patut dan boleh di makan untuk mengisi perut yang kosong (nasib baik daun pisang sebagai pengalas meja tak dimakan nya, kalau tidak ada yang mati sia2). —–> Tu kira nasiblah sebab saya yang sememangnya awal sampai siap beli ikan dan sayap ayam dan BBQ dulu, kalau tidak ada yang call pi teledera.

Lepas makan (setakat isi tangki perut la) aktiviti seterusnya bermain bola tampar pantai.. kira sandi juga la game ni, menguji ketahanan mental dan fizikal (apa tidaknya, start main pun dah jam 6 petang, mau gelap sudah bolah pun ndak seberapa nampak, ditambah berkaki ayam lagi di pasir yang tidak seberapa rata — cari masalah). Pas main apa lagi, pasang ungun api lah budak2 ni saya mau ambil feel pantai dengan ungun api. Kira bernasib juga sebab ari ni tidak juhan dan dekat terang bulan.. yang lelaki pula sudah bersiap sedia memasang pukat mata 2inci punya (3 sambungan pukat kira2 900 kaki panjang) untuk mencari laut tambahan untuk makan malam…

Ni jadual aktiviti sepanjang picnic, main bola tampar pantai, bola sepak pantai dan pasang unggun api mencari ilham. Tapi yang best nya dalam kumpulan picnic ni kita orang terbahagi kepada dua kumpulan la, satu tukang masak yang satu lagi tukang cari lauk. Saya tukang makan dan bagi order saja…. kakakaka…

Tukang masak apa lagi, turun padang cari kayu api dan ranting yang dah kering pasang api lah untuk BBQ. Kira kerja ringan kit lah. Kumpulan yang satu lagi terjun laut mencari ikan pakai pukat lah… petang pasang pukat malam dan check hasilnya. kira lumayan la… tapi tu kecil2 ja.. cukup2 sumbat di celah2 gigi. Yang tukang masak pun tesion juga, apa tidak nya ikan semua sebesar 2-3 jari (tapi kumpulan ni ada tinggi IQ kit, main bakar ja semua asalkan masak).

Esok paginya sekali lagi kumpulan hunter ni turun ke laut mencheck hasil pukat yang dipasang.. kali ini tidak mengecewakan… lumayan juga hasilnya tu.. cukup kenyanglah kalau untuk lunch untuk 15 orang makan…. bayangkanlah sendiri berapa banyak tu.. Yang tukang masak pula sambi tunggu hasil sambil mandi laut lah.. berendam di laut beramai2 satu aktiviti yang best tau… dah lama tak rasa suasana cam gitu ruih gembira, ketawa tak kalah badak air la… kakaka..

oklah, untuk menutup cerita nya.. saksikanlah gambar2 picnic dari staff GIS saya hebat ni.. enjoy ya.


Categories

%d bloggers like this: