Posted by: Alfred | June 28, 2009

28th Jun 2009 – Belangkas (Part 1)

Halo, apa khabar… harap sihat2 saja yang membaca blg ni.. yang tak baca tu dia punya tau la.

Hari ni hari yang dianggap special kit la.. hari bertemu belangkas. Dalam perjalanan ke pantai, berhenti membeli ikan untuk dibakar (macam biasalah). Ternampak dua ekor belangkas ampai di atas meja jual ikan, tanpa berpikir bantai terus dua ekor belangkas tu (orang bilang biasanya kalau jumpa benda ni biasanya sepasang. kalau anda terjumpa seekor ja di mana2 jangan beli.. ada penyakit.. penyakit putus cinta.. kakakaka). Sepasang RM8 saja.. tak tau lah murah kah tidak.. Tujuan saya beli semata-mata mau simpan kulitnya yang unik tu.. untuk hiasan rumah…

Rupanya belangkas ni dari zaman dinasor lagi dah wujud.. sampai sekarang tak pupus lagi.. kira brutal la sebab tak da yang berani kacau dia.. banyak sepit.. sampai 10 sepit nya. Mat salleh bilang ni benda dipanggil CRAB KING sebab ketam biasanya ada dua sepit saja.. ni ada sepuluh…. kira raja segala ketam la. Tambahan, benda ni makan ikan buntal (ya ikan buntal yang ada racun tu.. kalau tak tau bentuk ikan buntal, type “Ikan Buntal” ja kat google atau yahoo dan search image, gerenti keluar punya). Oleh itu, kena ada pakar yang pandai buang racunnya sebelum di masak. Tapi belangkas ni kalau dinilah dari segi isi nya.. memang tak ada lah, cuma kalau telurnya bukan alang2 penuh satu piring.. telurnya kalau goreng pun sedap.. tu ikut resepi masang-masaing la ya…

Nasib tukang saya biasa makan benda ni. Jadi tu kira urusan dia lah kerjakan benda tu. Dia bilang kalau nak makan belangkas ni kena buang dia punya hempedu dan paru-paru nya, sebab tu kira racun lah. Kalau makan alamat pening2 belangkaslah ceritanya. Kena pi hospital jugalah.

Lagi satu info untuk anda, pihak universiti tempatan kini giat mengkaji hasiatnya belangkas untuk kegunaan harian. Ni berita dah lama lah dengar tapi tak tau lagi apa kesan penemuannya. Atas sebab belangkas ni dah wujud dari zaman dinasor sampai hari ni, mungkin belangkas ini ada pakai ilmu atau apa2 sehingga dianggap begitu hebat sekali, maka kajian telah dibuat mana tau boleh dapat fomula atau ubat panjang umur macam belangkas juga… ini andaiaya sayalah… Hidup Belangkas…

Tanpa buang masa carita pasal belangkas ni.. marilah saksikan gambar2 yang baru diambil supaya anda mengenalinya lebih dekat lagi.. enjoy…


Responses

  1. When are you going to start a diving centre? Ah.. then it will be more exciting! Alfred the divemaster!

    • way.. ni ada susah sikit oh.. lama tak turun laut sudah. turun laut pun setakat cuci tangan dan kaki saja.. mau menyelam – pikir2 dulu loh.. But if find the good places sure will do the diving centre punya.

  2. ada lobster kah?

    • Lobster…. errrr…. tak jumpa lagi o.. tapi mud crab berkarung2 lah kalau mau…


Leave a Reply

Fill in your details below or click an icon to log in:

WordPress.com Logo

You are commenting using your WordPress.com account. Log Out / Change )

Twitter picture

You are commenting using your Twitter account. Log Out / Change )

Facebook photo

You are commenting using your Facebook account. Log Out / Change )

Google+ photo

You are commenting using your Google+ account. Log Out / Change )

Connecting to %s

Categories

%d bloggers like this: