Posted by: Alfred | January 26, 2013

3R – Recycle, Reuse & Reduce

Tong Sampah 3R

Langkah-langkah untuk membuat tong sampah 3R adalah berikut:-

  • Beli 3 – 4 biji tong sampah plastik hitam yang sederhana saiz (jangan yang kecil, nanti berhamburan sampah),
  1. Kemudian cari symbol-symbol yang sesuai untuk recycle dari internet dan print out dalam A4 size paper dan laminate, supaya kertas tu lebih tahan lama dan kalis air. simbol-simbol 3R ini bergantung kepada apa jenis sampah yang selalu terdapat di kawasan anda.
  2. Sediakan double tape yang berkualiti atau yang sesua untuk melekat di permukaan plastik. Gam gajah atau UHUH juga boleh digunakan.
  3. Langkah terakhir, tampalkan kertas laminate yang bersymbol itu ke permukaan tong sampah yang ada.
  4. Pastikan tong sampah 3R anda terletak di kawasan yang berteduh atau tempat yang tidak terdedah kepada hujan dan panas (bukan apa, takut nanti warna tu pudar atau tertanggal dari tong sampah).

Ini tong sampah bersymbol 3R yang telah siap dan sedia dipakai.

 

Posted by: Alfred | January 26, 2013

Menu Belangkas (Horseshoe Crab)

Menu Belangkas

Belangkas memang menjadi makanan unik bagi orang di persisiran pantai terutama di kawasan Tungku. Walau bagaimanapun, bukan ramai yang tahu makan belangkas ini. Kena yang biasa memotong benda ni dan buang bahagian tertentu yang boleh memabukkan.

Baru-baru ni ada kesempatan merasa belangkas besar yang direbus saja dan dihidangkan. Memang sedap dan menyelerakan. Rasa keasliannya seperti juga daging ketam. Yang menyelerakan ialah telurnya yang peruh seperiuk cukup untuk 6 – 7 orang makan. Maunya tambah nasi 2 – 3 kali.

Posted by: Alfred | January 23, 2013

Seashell Handicraft Project January 2013

Kraftangan Kulit Siput

Bagi anda yang free di rumah time petang-petang atau hujung minggu takda kerja boleh lah berkumpul dengan anak-anak anda untuk membuat projek kraftangan yang menyeronokan ini. Selain itu, ianya juga dapat menyungkil bakat anak-anak anda dalam bidang kesenian dan krativiti yang terpendam. Berikut adalah langkah-langkah menghasilkannya;

  • Sediakan CD yang tidak dipakai (rosak) atau potongan kayu yang terbuang,

  • Keluarkan koleksi siput-siput yang terkumpul di persisiran pantai dan bersihkan, terutama pasir-pasir halus yang terdapat dalam kulit siput.
  • Sediakan gam gajah atau gam UHUH atau gam-gam yang sesuai untuk melekatkan kulit siput ke bahagian-bahagian tertentu mengikut kreativiti dan bentuk yang anda hendak hasilkan,
  • Sediakan warna (selalu dipakai oleh budak sekolah mewarna) dan brus warna, tujuan untuk mewarna permukaan kulit siput,
  • Sediakan pen-pen permanent marker atau paint pen yang boleh diperoleh dari kedai stationary. Digunakan untuk melukit garisan-garisan yang halus dan kecil. Pastikan anda mencari mata kepala pen yang bersaiz 0.5 – 0.8, kalau tidak garisan akan menebal.

Dan inilah kraftangan yang dihasilkan  pada masa free. Walaupun tidak lah sehebat mana yang dijual di pasaran, tapi boleh kira ini special make dan the only 1 yang ada di pasaran. Hasil kraftangan yang dihasilkan oleh anak-anak anda.

 

Posted by: Alfred | January 23, 2013

Ikan Layar

Cerita Ikan Layar

Baru-baru ini ada orang memancign di perairan pantai Tungku dan mendapat seekor ikan layar yang luar jangkaan saiznya, 43Kg seekor. Boleh tahan juga lah. Dan kini ikan tersebut sudah jadi hidangan di TBR minggu lepas. Mau sebulan baru habis makan. Tapi tak lah makan semua, bagi-bagi kit sama kawan dan saudara merasa ikan layar. Oh ya.. tu ikan bukan saya yang pancing, saya beli ja dari orang lain.

Ini bermakna di perairan luar pantai tungku memang mempunyai pelbagai jenis ikan yang luar jangkaan, sebab ia menghadap ke laut terbuka sulawesi. Selain ikan layar, ikan merah, kerapu, putih, belut, pari, tamban, belanak, bedukang, ketam laut, ketam bakau, belangkas, ikan yu, sotong, udang, talang dan banyak sepsis ikan yang anda boleh dapat kalau memancing di kawasan perairan Sulawesi ini. Jadi apa lagi mau tunggu lama-lama, rancanglah perjalan anda masa cuti nanti ke Tungku Beach Resort.

Posted by: Alfred | November 28, 2012

Mud Lobster Photos Collection

Happy Day to all.

Nothing Special, just drop by to attach some Mud Lobster Photos to public reference. The species found surrounding Tungku Beach near the Dengan River 2 year ago. Enjoy your days.

Posted by: Alfred | October 19, 2012

Tungku Beach Homestay

Pembangunan di Tungku Beach Homestay

Ni adalah kawasan sedia ada dan dikemasikini untuk kemudahan pangunjung. Kawasan ini perlu banyak tochup bagi kembali berseri. Tapi touchup ini perlu modal juga, jadi setakat ini Cuma perlu buat yang utama sahaja memandangkan modal terhad.

Benda yang paling utama saya buat – Septic Tank guna simen yang boleh menampung 20-30 orang dalam masa yang sama. Rancangan dan susunan ini mengambil masa agak lama kerana mengambil kira kos bahan mentah dan upah pekerja. Tapi akhirnya siap juga walaupun ada rintangan pada awal pembangunan.

Selain septic tank, tanda awam juga akan dibangunkan tidak lama lagi untuk kemudahan pengunjung. Pondok besar pula dikemaskini dan diluaskan lagi supaya dapat menampung 40 orang dalam satu masa.

Posted by: Alfred | October 19, 2012

Reception Counter

Salam semua,

Ni kali lah, saya bagi berita bumper 3 info terkini Tungku beach dalam sehari. Kakaka…..

Kali ni pula pasal Reception Counter dan InfoBoard yang saya deco minggu lepas. Ada ambil sedikit masa sebab semuanya buat sendiri. Dari tulisannya, gambarnya, barang seninya dan segalanya yang anda lihat dalam bahagian kaunter kebanyakan material kitar semula la.

Kayu Buruk yang hanyut ke tepi pantai dipungut dan dibersihkan, kemudian di silik dan deco bunga lama yang simpan dalam stor rumah.. Tata.. nilah hasilnya.. 2 tunggul kayu buruk saya buat.

Pastu info board yang di deco untuk santapan pengunjung. Maklumat mengenai benda-benda yang ada di pantai tungku, program dan aktiviti yang telah dibuat dan maklumat-maklumat yang berkaitan dengan keselamatan pantai akan dipaparkan (yang ni tengah buat).

Kalau tiba ke Tungku Beach jangan lupa pula singgah bergambar dan tandatangan buku pelawat sebagai kenangan nanti. Ndak pun belilah cenderamata kulit siput untuk dibawa pulang ya. TQ TQ

Posted by: Alfred | October 19, 2012

Surau TBR

Salam kepada semua,

Lama sudah tidak update blog. Selama ini sunyi sepi kini timbul kembali. Mesti membawa berita terkini perkembangan Tungku Beach.

Akhirnya sebuah surau kecil telah siap bina untuk kegunaan pengunjung. Tak besar cuma saiz ukuran 15’ x 15’ saja. Cukup muat untuk 15 – 18 orang. Selain itu, tempat berwudhu juga disediakan di depan surau. Jadi bolehlah singgah sembahyang dulu sebelum berangkat pulang.

Posted by: Alfred | March 27, 2012

Perkembangan TBR 27 March 2012

Berita terbaru kepada pelawat semua, terima kasih atas sokongan anda semua sehingga kini masih melawat ke blog ini.

Sempena tahun 2012 ini, Tungku Beach Resort telah meluaskan kawasan pelancongannya di kawasan terdekat. Sekarang ini dalam proses pembersihan dan harap-harap bulan 5 ini dapat beroperasi dengan sepenuhnya. Masa akan datang akan bertambahnya 4 unit rumah teres sebagai langkah pertama bagi meningkatkan keupayaan menampung pelancong masa akan datang.

Ni dia gambar-gambar baru Tungku Beach Resort Phase 2 yang dalam proses pembersihan dan baiki pulih.

Posted by: Alfred | January 28, 2012

TBR New Logo

Salam kepada semua,

Lama tak update blog dah. Buat masa ini segala pembangunan di TBR dihentikan seketika bagi laluan kepada musim hujan yang tidak menentu di Tungku. Mau katakan musim ndak juga, tapi itulah, susah mau buat kerja.. Dalam rancangan bulan ini atau bulan depan akan bermula projek mendirikan surau bersaiz 14′ x 16′ luas. Harap2 bulan depan boleh start kerja lapangan.

Walau macam mana pun, kerja tetap dibuat.. LOGO TBR yang selama ini belum ditentukan. Banyak elemen yang hendak dimasukan tapi untuk memilih yang terbaik, unik dan special ni agak susah. Mengambil masa yang lama..  Cam “Unduk ngatau” lah kiranya. Mau yang cun dan terbaik. Antara calon-calon yang tersenarai termasuk burung Raja Udang, Kapah, Siput dan banyak lagi. Tapi kesemua ini lebih kurang sama aja dengan logo resort lain yang ada di laman web. Kalau pakai terus dikata cetak rompak pula… mau tidak mau terpaksa ambil yang ada di pantai TBR dan yang unik.. Akhirnya BELANGKAS menjadi pilihan untuk logo TBR. Belangkas ni kira banyak jugalah di pantai Tungku. Merupakan benda yang paling-paling kuna, dianggap sebagai fosil yang hidup hingga hari ni (salah satu lah). Bagi saya paling unik lah sebab belum ada yang pakai benda ini buat logo.. (rasa-rasanya saya saja yang pakai)….

Memandangkan ianya special dan unik, jadi teringin pula saya nak buat farming belangkas kat Tungku satu hari nanti. Biasalah, mau katanya semua orang tau tidak juga, sebab benda pelik dan jarang ada. Lagi pun bukan semua tempat yang ada benda ni…. Antara sebab saya mau buat farming ni:-

1. Belangkas ni unik dan jarang dijumpa.

2. Ramai lagi tidak mengenali BELANGKAS, mengikut statistic survey saya lah, ramai yang tidak pernah dengar nama BELANGKAS dan Langsung tidak tau benda ini wujud.  Bagi anda yang pernah dengar nama BELANGKAS belum tentu lagi anda pernah jumpa yang hidup punya, paling-paling pun pernah nampak gambar aja, yang real punya belum lagi. Bagi yang pernah nampak yang real punya belum tentu lagi BELANGKAS ini masih hidup, kebanyakan hanya pernah lihat dan sentuh yang dah “kiok” (mati) punya dan dijadikan perhiasan. Kalau tu banyak disimpan di TBR, kalau mau lihat boleh datang. Bagi pernah lihat dan sentuh BELANGKAS belum tentu lagi tau kitar hidur beliau yang mencabar ini…. Yang part ini baru saya tau..

3. Dengar-dengar darah BELANGKAS ini mahal, 1 liter darah boleh sampai USD5000 – 6000. kalau tukar ke RM mungkung sekitar RM15,000 ~ 17,000 la. Tu yang saya terbaca di News. Darahnya boleh digunakan untuk merawat penyakit seperti kanser (kalau tak silap lah). Malahan dengan kulit-kulitnya boleh dibuat ubat bagi membuangkan toksid dalam badan. (Maklumat lanjut cari di Internet la).

4. Kiranya Ternak BELANGKAS ini bagi menyelamatkan beliau dan keturunan beliau lah yang kian lama pupus dimakan. Sekurang-kurangnya generasi akan datang dapat bersemuka dengan beliau yang unik ini. (Kiranya saya ini pencinta alam Muahkakakaka).

5. Faktor ini paling penting. Sebagai daya tarikan orang luar ke TBR. Pelawat bertambah, tiket masuk bertambah, keuntungan bertambah, mewujudkan peluang pekerjaan kepada orang kampung, sosial ekonomi tempatan naik lah.

Ni dia latar belakang pasal Belangkas yang dipilih untuk logo saya. Apa-apa coment dan cadangan untuk logo ini dialu-alukan. Sekian.

Tungku Beach Resort LOGO

Tungku Beach Resort LOGO

Older Posts »

Categories

Follow

Get every new post delivered to your Inbox.